Berjalan Sakan :D

Assalamualaikum :) Dah lama rasanya tak menaip kat blog ni, HAHA sorry la blog weh. Aku rasa macam hilang idea nak mengarang ayat kat sini. Facebook dan twotter sering menggoda aku so aku tak boleh nak buat apa la kan, sila salahkan dua social network tu tau. Hihi so cool, since last entry aku yang lepas tu. Banyak jugak la story yang aku tak share kat sini. But tak semua la kot aku share, yang lain tu simpan di memori aku cukup la kan?

So hari Rabu - 25/04/2012 aku dengan classmates and a few friends from others class berjumpa-jumpa dekat kuantan. Haha ada ke words berjumpa-jumpa ni? Fuh even benda ni just simple event and seems boring to some people, hampir pecah kepala jugak la nak plan sampai menjadi. Hahaha memula Opie la ajak then aku memang nak jumpa yang lain, so aku bersetuju dengan lajunyaaaaaaaaaaaaa! Haha

Yang join event simple tu Aku, Opie, Kerol, Rahim, Sahazmi, Ety, Ani, Akak, Syahmi, Faiz, Kemal, Syikin, Yanie, Jieha, Nadzren, Zatul, Haikal, Iskandar, Nazy, Wan Syafiq,Fatah and adik yanie *aku lupa nama dia, hee sorry dik. And and tak lupa boyfie tercinta Nazy, haha Yo!

Yang lain semua naik bas dari Bandar Jengka but aku, Faiz dengan Opie naik tempat lain. Opie straight dari Muadzam and aku with Faiz naik bas dari Temerloh. Hahaha pagi tu aku sampai awal gilaaa la kan sebab cadangnya nak naik bas pukul 8 tapi tapi tapi ada la sorang jejaka tu datang lambat. Aku dah beli tiket okay and tiket tu burn macamtu je, erk sakit hati tu tak payah cakap la. Nasib baik ramai orang, kalau tak memang aku dah jerit sekuat hati agaknya. Hahaha tapi funny thing early in the morning, pepagi dah cari pasal ek dengan aku :p So jejaka tu beli tiket pukul 9.

Sampai je Kuantan, aku text zatul. Then pegi ECM naik kereta kakak dia or haikal, aku dah confuse. hahaha bebudak yang lain dah pi makan awal-awal. Then kami jumpa kat panggung, and and we watched BATTLESHIP. Huhu even ada yang dah tengok, sokey la kan tengok for second time dengan kami. Huhu aku rasa aku agak bising sikit la dalam panggung tu. Bukan apa, dah la tak nampak subtitle so aku macam blur sikit pasal movie tu.

Settle semua, kami pegi lunch. Bape orang je kot makan, yang lain lepak then borak borak. Lepastu jalan-jalan ikut suka hati. Hahaha yang sorang tu ajak aku pi makan but taknak makan dalam ECM tu, nak pi makan kedai makan biasa-biasa. Cis mengada gilaa okay, hahaa sabar jela then jumpa dengan Wan Syafiq. Yang lain ada yang pi karaoke, ada yang pi lepak Megamall.

Then jumpa semua kat KFC sebelum balik. Huhu kejap je kan? Tangkap gambar semua, kecoh-kecoh kejap then berpisah :) Huhu sorry guys kalau rasa macam membosankan ke apa ke, but aku happy sebab jumpa korang balik. Hahaha btw, tahniah okay sapa yang dapat matrik tu. Aku dapat Form 6 je, haha but still ada jugak la offer kan?

Yang tak dapat join tu, sokey la. Next time kita buat lagi okay but nak jauh-jauh la. Baru best :) Semoga ketemu lagi kawan-kawan, good luck for your future. Jangan lupakan friendship kita tau *tetibe macam nak nangis :/ Oh yaa, gambar? Ada letak sikit jela ek, papehal bukak FB aku. Erk gambar tu hasil belas ihsan dari camera gedabak Nazy. Haha aku curi :p






Such a great day with them :) Thanks and assalamualaikum.

No comments: