Hari yang memenatkan :/

Assalamualaikum :) Eh ni entry kedua kan untuk harini? Haha biasalah, aku akan updated blog ni bila aku rajin dan ada benda yang aku nak bercerita sebab macam tak best ah kalau entry aku takde point bila aku baca balik di hari yang mendatang. Betul tak? okay, lets begin :)

Semalam iaitu bersamaan 1 April 2012, aku telah pergi ke PWTC bersama classmate aku iaitu Nabil . Kami pegi naik bas je, haha memang terbaik ah dalam hidup aku. Actually, aku mana lah pernah pergi mana-mana naik bas, melainkan aku join rombongan ke apa tu. Haha jangan cakap aku tak berdikari pulak. Biasalah, aku anak tunggal so mama baba aku takmahu biasakan aku naik bas ke teksi ke apa. Dorang rela hantar aku secara sendirian berhad. Sweet kan? So semalam lah aku catat rekod dalam life aku, haha kemain excited lagi aku.

Kami pegi PWTC tu sebab nak join Karnival Jom Masuk U. Kami naik bas pukul 1030 kalau tak silap lah. Sampai sana terus pergi makan, haha nasib baik sedap. Aku pun memang tengah lapar masa tu. Then terus pi naik LRT and dah sampai. Erk ramai gilaaaa orang, sesak rasa dalam tu. Macam-macam borang aku dengan nabil isi. Haha takpelah kolej ke tak, as a backup je kan. But kami tetap menaruh harapan tinggi untuk masuk IPTA :)

Then solat dulu baru balik. Erk tetibe kan kan kan, tiket bas pukul 630 je ada. Uwaaaaa nak menangis aku, hahaha lambat gilaaa wok. Dah lah dapat seat lain dengan nabil, lagi lah aku rasa macam nak menjerit. But sokey lah, kena berdikari sikit. Hahaha even dalam bas je kan, berdikari lah jugak. Tunggu punya tunggu, erk tetibe sebelah aku ada orang laki duduk. Seram lah pulak aku rasa, macam-macam kot dia tanya. Aku nak taknak je layan, bukan sombong or what. Langkah berjaga-jaga je xD

Masatu aku rasa penat yang teramat sangat, lemah gilaaa kot rasa. Dah lah pepagi sebelum nak pergi tu, tekak aku perit. Fuh masa tu rasa macam " Alaaaaaa kenapa perit ni? " Nak balik ni pulak aku dah selsema, hmmm aku memang tak tahan panas. Dah la asap tu asap ni, haih aku dah lah alah dengan asap :/ Naik bas tu terus aku cepat-cepat cari seat aku sebab kaki dah cramp.

Lepastu kan, hahaha. Aku paksa Encik PLKN teman aku naik teksi sampai rumah. Memula dia taknak tapi aku paksa jugak. Nasib ler yer dapat makwe macam aku. Bukan apa, aku takut lah wok naik teksi memalam macamtu. Dah la aku tak reti naik teksi. Kemain lagi over aku paksa-paksa orang, Har har har . Nasib baik dia nak.

Dalam teksi tu aku tidur je, layan dia lah yer nak buat apa dalam teksi. Janji aku tidur, penat. Dah lah sejuk, terketar-ketar dah aku rasa. Sabar jelaaa. Then sampai rumah, dia suruh kawan dia amik dia kat area rumah aku tu. Dah la kawan dia naik motor, memalam pulak tu. Haih risau aku.


Kami tak banyak bergambar. But cukup lah tu kan membuktikan kami redah KL jugak. Hahaha and now aku dah demam. Tak kebah-kebah lagi. Sabar jelaaa, tetibe teringin makan bubur mcD. Ada sesiapa nak belanja tak? And and, rindunyaaaa kat mama baba. Nak nangis rasa.

Thanks nabil sebab sudi teman pergi sana. Hahhaa kesian dia sebab layan kerenah aku yang jakun tak memasal ni. And thanks to him jugak sebab teman aku balik naik teksi. Dah la baru siap kerja, dengan uniform tak tukar lagi. Huhu macam smart pulak aku tengok dia pakai uniform tu, haha :) Thanks again to both of you.

No comments: