Penantian Berakhir :)

Assalamualaikum :) Hai guys, long time no update. Orang lain dah lama update pasal result and aku baru nak update harini. So berdasarkan tajuk diatas, berakhirlah sudah penantian aku mengenai keputusan SPM aku. Alhamdulillah semuanya lulus dan sangat jauh dari jangkaan aku. Aku bersyukur sangat :) Even tidaklah cemerlang mana result aku ni but cukup ianya membanggakan diriku yang comel ni dan ibubapa aku yang sangat penyayang *ayat bodek ni, haha

Masa amik result pagi tu memang aku tak terkata lah gementar tu macam mana. Actually aku tak plan pun nak datang amik result 21hb Mac 2012 tu sebab baba ada hal but tetibe pagi tu baba kejut suruh aku bersiap pergi amik result and I was like so suprise okay, dah la malam tu aku tak lena langsung tidur. Nak luahkan risau aku ni kat jejaka botak tu, memang tak lepas lah kan. Mana dia campak phone pun aku taktahu.

Bila beratur nak amik result, aku tengok result classmates aku ni semua kira gempak ah. Then aku macam nak nangis pun ada but cool. And bila sampai giliran aku, aku macam " Eh betul ker result aku ni? Betul ker aku punya ni? " Bila dah yakin, fuh alhamdulillah syukur nikmatMU Ya Allah. Semuanya lulus. Subjek AddMath yang aku tak pernah lulus pun dapat credit. Syukur sangat just aku macam terkilan bila BI aku just got B+ but sokey lah, aku dah cuba untuk capai A but A tu lari lari aku :)

Bila aku tunjuk result kat mama, fuh fuh terus cium aku. Hahaha baba aku ntah mana hilang, memang dia tak masuk pun dewan. Takut lah tu but dia senyum je tengok result aku. Hee thanks to teacher and friends :) Ehem masa tu aku nampak Encik PLKN, haha bertopi demi cover rambutnya yang hilang tu. Then bertegur la jugak dengan dia and and ada something happen and sampai sekarang dia nganjing aku. Hahaha but aku bangga jugak la dengan dia, he got 3A's :) Congrats sayang .

And and rakan aku, Nurul Laili Sofea mendapat 9A dan menjadi pelajar terbaik SPM sekolah aku. Tahniah dear, semoga tercapai cita-cita menjadi doktor okay. And others, tahniah sebab kita berjaya naikkan prestasi sekolah kita. Ini yang kita mampu untuk membalas jasa cikgu-cikgu kita. Alhamdulillah semua cikgu tersenyum lebar dengan keputusan kita semua. InsyaALLAH ada rezeki kita sambung belajar .

# baba suruh aku pilih universiti sama dengan Encik PLKN. hmm akan dibincangkan dengan budak tu.

No comments: