Cer Citer 2011

Assalamualaikum :) Ehem ieya nak update lagi ni . Sementara idea tengah ada ni, baik tulis cepat cepat . Nanti dah hilang mula la frust sebab dah taktahu nak tulis apa . Lately selalu kena bebel dengan baba sebab selalu guna laptop dia, hee but i dont mind la . Bukan apa, netbook ieya tu kecik so macam tak puas je nak pandang skrin . Hahahaha # baba, cepat cepat la beli laptop untuk ieya . Baru la ieya tak guna laptop baba, amacam?

Haih dah nak habis kan tahun 2011 ni? Rasa macam cepat je masa berlalu . Yela macam baru je lagi dengar Cikgu Zaharah bebel sebab masuk lambat, rasa macam baru je lagi dengar pengetua(aboh) bising sebab beratur lambat, dengar warden bising sebab buat kecoh waktu prep . Ha senang cerita, semua macam baru la . Tapi untuk ieya, tahun 2011 ni paling mencabar dalam hidup ieya . Nak tahu? Jeng jeng jeng :3

Tahun ni la ieya kena hadapi macam macam keadaan . Yeah semestinya schoolmates ieya tahu apa yang jadi dekat ieya tahun ni . FITNAH? Grr berat kan rasa bila kena fitnah . Yes yes, ieya bagitahu . Hmm ada yang fitnah ieya kena tangkap khalwat . Fuh perasaan ieya masa tu, Allah je tahu . Dengan budak budak and cikgu semua pandang serong dekat ieya . Rasa macam tanak sekolah dah, tanak jumpa sesiapa and hmm tanak semua la . Sedih sangat masa ni, nasib baik ada kawan-kawan yang masih percaya dekat ieya . Tiap tiap hari ieya menangis . The most yang ieya rasa bersalah, Teacher Latifah . I'm sorry teacher, harap teacher maafkan ieya yee . Waktu ni, hampir sebulan jugak la tak masuk bilik guru sebab malu . Dah la mata kecik, bila dah menangis tiap masa tu . Agak agak mata jadi macamana ekk? #Grr tanak pikir sebab lawak, hehehe .

2011 ni jugak ieya ada banyak sangat problems . Pasal boypereng la, kawan la and and FAMILY . Oh tidaaaakkk, lagi sekali rasa macam nak duduk bawah tanah . Biar tak jumpa sesiapa dah :'( Boypereng? Heh yang lama tu, Mr Z . Kawan kawan? Ada laaaaa, secreto okay . Tapi alhamdulillah semua dah settle, takde gaduh gaduh and musuh musuh . Fuh selesai, legaaaaaa sangat rasa . Family pun dah okay pun . Biasa la kalau ada salah faham kan?

They are awesome :)

Life jadi bertambah sibuk . Yelaaa kata nak SPM kan, mesti la macamni . Dan dan tahun ni la ieya selalu sangat sakit . Jyeah sampai warden pun rasa was-was nak bagi ieya balik rumah . Heh demam la, sakit itu sakit ini . Mencabar sangat rasa . Kelas pun ieya banyak sangaaaaaaat skip . Guane kan lagi? Kekadang malu pulak rasa bila cikgu tanya kenapa tak datang . Haih sabar jelaaaa --"

Selain itu, # ayat skema . Tahun ni ieya kehilangan dua orang yang ieya sayang, Tok kesayangan ieya and and ayah long ieya . Hmmm tak sangka sangat, over jugak la ieya menangis # okay, mata kecik lagi . Terkejut gilaaa waktu prep haritu baba datang then cakap yang Tok dah meninggal, masa tu rasa macam @#$% . Sebab semalam tu baru je pergi melawat Tok, hmmmm . Then 7 bulan lepas tu, ayah long ieya pulak meninggal . I'm not sure la arwah ayah long sakit apa sebab macam kompleks je . Apa apa pun rindu sangat kat arwah, Al Fatihah

Then then, i'm already clash dengan Mr Z . Haih perasaan masa ni bercelaru jugak la but life must go on right? Hmm besides, ieya yang mintak clash dekat dia . Sebab apa tu, tak payah la mention kat sini . Whatever happen, ieya masih anggap dia kawan ieya macam kami mula kenal dulu . Takmo la bermusuh bagai ni, kita masih kawan kan? Thanks kat dia sebab banyak sangat berkorban untuk ieya . Tentang apa? Hmmm secreto yeah .

Rezeki family ieya sangat murah tahun ni and dapat la kami sekeluarga pergi menunaikan umrah . Hmm semuanya sangat menakjubkan . I really miss that holy place, insyaALLAH kami akan pergi lagi untuk tahun depan tapi semuanya bergantung jugak la dengan kesihatan mama :) Pergi tanah suci merupakan pengalaman yang tak terkata . Everything there superb! Suasananya, makanan and rakyat sana . Sangat tenang kat sana, even keadaan kat sana kadang kadang kecoh jugak but alhamdulillah everything going well . First time nampak kaabah, ieya rasa macam tak percaya je . Macam tak sangka sangat ieya ada depan kaabah masa tu . 

TRIAL-SPM :) Huhuhuhu at last, datang jugak trial ni . Agak seram bila dah nak trial ni, dah la lepas raya . Raya rasa macam tak heaven je, nak kutip duit raya pun macam tak semangat # okay tipu . Minggu first trial, ieya demam teruk . Teruk sangat sampai melarat minggu kedua, bila dah baik tu berjangkit pulak kat kawan kawan . Hehehe sorry guys, tak sengaja . Tak lama lepas tu, siap je jawab paper last . Paper apa ek masa tu? Add math kalau tak silap, eh yeke? Ke biology ekk? Hmm ieya dituduh meniru, haih . Penat perah otak bagai, last last ieya ni meniru . And and budak yang kena tuduh sekali dengan ieya masa tu, tak lain dan tak bukan . Bodyguard ieya la, si Faiz tu . Hahahahaha bila pikir macam lawak pulak . Tak pasal dia pun terbabit . Kan dah cakap, ieya banyak kebetulan dengan dia . Lepastu kecoh la dekat bilik guru and and again, menangis lagi # rasa macam cengeng la pulak tahun ni, nasib nasib .

Tarik nafas lega bila dah habis SPM . Fuh sangat lega, alhamdulillah . Semuanya dipermudahkan dan dan semangat nak jawab exam tu berkobar kobar bila ada pengawas iaitu En. Nizam yang handsome, awwww dan jugak En Samsuri yang baik . Heh rindu pulak . Ada sekali tu, punya syok tengok En Nizam sampai bazir masa dalam beberapa puluh minit jugak la . Heee asyik sangat tengok dia .

Tak lama lepas habis exam tu . Budak kelas ieya ada buat rombongan untuk pelajar PPS-SMKJ2 :) Jyeah tu kenangan yang sangat superb dengan schoolmates ieya . How I wish I can laugh together again with all of you? Walaupun ada sikit problem but friendship yang kuat, we have happy together kan? I'm so sorry kalau ada yang ieya tak layan ke, kureng bertegur ke apa . Sangat sangat la tak sengaja . Sayang sangat kat korang :3

Ehem the most i like about this year is, of course budak tu . Hahahaha tanak banyak tulis pasal dia . Just need to know is you are the best . Dengar cerita dah tukar tempat PLKN, heh takde la jauh sangat kan? # Aku tahu kau suka dekat dekat ni . Just take care yourself there and dont ever forget me, okay?

Haaaaaaaa banyak pulak rasa kenangan tahun ni . Apa apa pun, semua tu sebagai pengajaran untuk ieya jugak . Tak kisah la kenangan manis ke pahit, ieya amat hargai semua ni . Ni la kenangan waktu kat sekolah yang ieya rindu sangat . Nak dengar classmates kecoh bila cikgu tak masuk, nak bergosip dengan girls and boys, nak menyakat cikgu waktu mengajar, nak jerit jerit waktu beli makanan kat kantin, nak berborak dengan makcik dewan makan asrama, nak dengar bebelan warden, nak kenen2kan budak budak hot couple, nak usha budak budak comel, nak duduk sambil dengar bonda bercakap waktu perhimpunan . Apa lagi ek? Okay the most i miss is, masa birthday ieya! Thank guys untuk tepung dan katak tu . Hahaha rindunya :)

See yaa, byebye .

No comments: