Come Back For A While

Assalamualaikum wbt .

Wahhh tersangat rindu kat blog neh . *fuh fuh fuh, banyak habuk* okay settle :D Seronok dapat bercuti selama seminggu walaupun hanya SEMINGGU, walaupun homeworks berlambak, walaupun bla bla bla . Maaf kalau cara penulisan agak skema sebab dah lama rasenya tak menaip, walaupun *again* baru tiga minggu tak balik rumah . HAHA mood agak happy sekarang .

Waktu kat hostel, selalu fikir nak tulis macam-macam kat blog nanti bila dah balik rumah . Tapi bila dah balik berfikir pulak apa yang perlu ditulis . Tak best lah berblog tanpa gambar, kan? Nanti plan nak bawak kamera la balik hostel, senang nak bergambar buat kenangan . Yelah tahun neh dah form 5, maybe tahun last kat sekolah tu . Lain lah kalau ieya sambung form 6 pulak, grr macam tak sanggup je .

Awal-awal tahun neh rasenya aktiviti sekolah semua sama kott . Merentas desa, ohh yeah !! Tahun lepas tak sempat join merentas desa kat sekolah neh sebab ieya pindah lambat, mujur tahun neh dapat jugakk . Ingatkan batal tau sebab haritu hujan jea tapi disebabkan just renyai-renyai, cikgu buat jugak . So semua pelajar redahh saje . Menyesal kot rasa waktu merentas desa tu, ieya tak bawak kasut spare so pakai la jugak kasut converse kesayangan itu :( kotor habis okay, tak tanggal . Mane la tau kena masuk ladang semua . Haihhh .

Then ieya dapat naik kelas !! Seronok sangat walaupun rasa macam tak layak je naik kelas tu . Yelahh ramai lagi yang layakk, dah la kelas tuh budak pandai-pandai . Tapi takpe, ieya try yang terbaik dalam kelas tuh . Majoriti student 5 Alfa (kelas baru) tuh amik 9 subjek saje sebab tanak amik P. Akaun . Waktu kelas lama haritu, ieya ada belajar Tassawur Islam, ieya rasa nak amik lah tapi nak belajar dengan sapa yea? Jadual dah la lain-lain dengan kelas baru neh . Nanti lah try bincang dengan ustaz, harap dapat .

Minggu lepas minggu sedih kot untuk ieya . Haih malas fikir, apa nak jadi pun jadi lah . Yang penting ieya dan kawan-kawan tak salah . Tapi ieya tak salahkan dorang pun just cara dorang nak backup tuh agak over *maybe* Harap dorang dapat faham kenapa ieya dan kawan-kawan buat macam tuh bila dah tau cerita yang sebenar .

Sangat tak faham dengan hidup neh tapi masih cuba untuk memahaminya :D



No comments: