Al-Fatihah, perginya yang disayangi

Assalamualaikum . Pemilik blog datang kembali, walaupun dah mention entry last pada minggu lepas yang ieya balek 3 minggu lagi . Hmm sebenarnya tok ieya meninggal kelmarin . Hmmm agak terkejut waktu dekat hostel bila cousin ieya (nini) bagitau yang baba dengan pak anjang datang . Dah la malam waktu tu, pukul 930malam rasenya and yess ieya tengah study . So kami dengan kelam-kabut pergi kat ayah masing-masing . Dalam hati takyah cakap la, berdebar sangat sebab macam dah agak apa sebab baba datang .


Then baba bagitau yang tok dah meninggal, sedih sangat . Rasa macam nak meraung je waktu tu, nini pun nangis jugak . Budak-budak semua pandang pelik . Lepastu baba suruh cepat-cepat kemas barang and mintak balik kat warden . Kami terus pegi bilik prep and kemas barang terus balik bilik, and bawak apa yang patut je . Kawan-kawan ieya ada jugak datang bilik ieya and tolong kemas . Thanks guys ! Allah je yang tahu dalam hati ieya neh, tangan memang menggigil habis . Macam nak pitam pun ade . 


On the way balik tu, dalam kete ieya nangis lagi . Agak menyesal kot sebab hari sabtu malam ahad haritu ada bacaan yassin kat rumah mak teh tapi ieya tak pergi . Hmm last tengok tok pun hari jumaat jea, waktu tu tok memang nampak macam tenat sangat . Rindu sangat kat tok, nak dengar dia bebel-bebel macam dulu . Hmm tok ieya neh bukan la kuat sangat tapi dia larat okay kalau nak jalan ke hape ke . Umur dah dekat 90 tapi baca yassin tak payah pakai cermin mata pun, masih jelas .


Waktu mandikan jenazah, agak sayu je . Badan tok pucat sangat, haih . Sampai sekarang ieya rasa macam menyesal tak pergi malam tu . Sangat-sangat menyesal . Bila nak cium buat kali terakhir, memang laju la airmata ieya keluar . Sejuk sangat badan tok, sedihhhhh :'( Waktu-waktu macam neh, insaf sangat . Fikir tentang diri ieya, ajal-maut ditangan Tuhan .  Alhamdulillah, semua sedara-mara dapat balek and berkumpul sama-sama .


Harini ieya nak balik hostel dah, barang-barang pun siap kemas . Pukul 4 nanti rasenya bertolak . Hmm semangat masih tiada, ambil masa kot . Ntah la, insyaALLAH nanti ieya okay la . Doakan yang terbaik yea . Nak letak gamba last dengan tok . Waktu berkumpul dengan sedara-mare belah mama . Ramai tau, neh pun ada yang tak balek .




Al-Fatihah :'(

2 comments:

fyna said...

al fatihah....






jom singgah n follow belog saya...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

iffah (: said...

Innalillah.
Takziah ye ieya.
be strong.
^^