Cuti Sem untuk pelajar PRA-U, yehaaaa!

Assalamualaikum. Hai! Lamaaaaaaaaaaaaaa dah tak membebel kat sini, rindunyaaa. Maklumlah aku dah jadi pelajar sekolah balik and stay hostel so mana la aku boleh online selalu macam dulu. Haha masa tunggu result keluar dulu tu boleh la aku online tanpa mengira waktu but now, no way no way. Ada jugak baba asah parang nak kejar aku nanti.

Oh ya, know what? I'm free for two weeks baby! Sapa nak ajak aku keluar sambil berjimba-jimba ni? Haha jom jom selagi aku boleh keluar. Kaunselor sekolah kata, kena enjoy sepuas-puasnya cuti sem ni sebab naik cuti nanti dah kena pulun study. Fokus on study then dapat pointer bagus :) See, aku sayang kaunselor ni. Haha dah la comel, petah bercakap pulak tu. *behave yourself, aku rasa dah macam orang lebian je ayat aku ni. Haha pun boley~

Apa lagi aku nak bebel? Haaaaa my new school is awesome okay! Orientasi so far so good, hahaha ada yang dah boleh ngam and ada yang still aku tak kenal. Aku orientasi dalam tiga minggu, lamaaa gila kot. Nasib baik aktiviti boleh tahan, dengan kerenah bebudak ni lagi la menggilaa jadinyaa. Ada explorace, sukaneka, persembahan kumpulan, taklimat subjek and banyak lagi la.

Minggu last orientasi tu kena buat persembahan, group aku buat deklamasi sajak je. Simple and easy tapi nasib baik buat sajak je sebab ramai kot boys group aku tak datang. Hampeh bebenor rasa, sabar jelaa. Group lagi best jugak la persembahan dorang. Menyanyi ada, berlakon pun ada. Tetibe rasa bangga dengan dorang *big claps!

Then then kami kena kemas kelas. Haaaaa yang ni terbaik (Y) Classmates aku sikit je, haha 11orang. 4boys and 7girls. Kelas kami kecik comel-comel je, hihi siap ada pentas lagi. Special edition :) Proses kemas tu okay la, semua main peranan. Cikgu Math T kami jadi guru kelas, Encik Saufi. Orangnyaa simple and kecik-kecik. Haha pendiam kot cikgu ni. Aku beriye dok kecoh-kecoh borak dengan dia, dia sengih je.

Hostel? Hmmm one word, NICE! Kira okay la even law hostel agak ketat tapi biasalahh kan, nama pun sekolah Rancangan Khas mestilah law dia ketat sikit. Memula aku macam blur jugak la bila masuk hostel, yelaaaa aku mana tahu pape. Kang buat itu tak boleh, dah kena tegur. So aku macam pendiam sikit la, nak kecoh-kecoh pun dengan schoolmates lama aku jela. Lower Six yang stay hostel okay la, boleh masuk dengan otak aku :) Even ada a feww yang aku tak boleh ngam lagi, aku try ngamkan. Huhu dorang happy go lucky kot. Warden bagi kami tengok tv waktu prep, habis gelak ketawa keluar. Bukan tengok tv sangat pun. But lepasni tak boleh tengok tv dah, kena study. Fuh fuh

But seriously, cuti ni aku nak enjoy sepuasnya. Hahahaha cakap je lebih aku ni, last-last duduk rumah jugak. Macam la mama baba bagi sangat aku nak keluar memana. Nak ajak baba pi shopping la nanti. Boleh jugak aku beli apa yang patut. Berapa la habis duit nak beli buku nanti ek? Isk isk. Takpe, demi masa depan. Ku beli jugak nanti :)

Eh panjang bebenor dah aku membebel, esok lusa aku update lagi k. Banyak benda aku nak storykat sini, haha. Sambil tu, aku nak show off sikit muka budak Pra-U. Haha. Assalamualaikum .

No comments: