Terjah mana yang patut

*monolong dalaman*
" apa aku nak cakap dalam entry ni ek? Hmm kosong . Yes yes, rasa macam baru bangun dari lupa ingatan . Blank . Banyak yang aku nak cerita tapi, rasa kalau simpan dalam hati lagi bagus "

............... Masih berfikir . Err terbayang kenangan waktu masih bersekolah # padahal baru dua bulan meninggalkan alam persekolahan . Banyak sangat kenangan yang kadang kadang aku rasa ngilu kat hati . Apakah?

DONE! Aku sangat rindukan sahabat sekarang . Tak kisah la sahabat dari segi apa, di mana, bila atau lain-lain . Yang penting aku sangat rindukan sahabat, yaa SAHABAT .

Dah banyak ayat buat tapi masih taktahu hujung pangkal entry ni . Nak luahkan bagaimana ya? Sejujurnya entry ni lebih menjurus kepada kenangan .

Dalam beberapa bulan lagi, bakal menjengah kepada umur 18tahun . Bagi sesetengah orang, inilah umur yang ditunggu . Yelaa nak join ON AIR ke kerja ke autidition or what semua kena 18tahun ke atas . Kira ni la umur yang dikatakan dewasa . Err aku masih berfikir, layakkah aku?

 Dan sejujurnya lagi, aku takut menjadi dewasa . Bukan sebab aku manja, jauh sekali sebab suara aku yang digelar suara kartun . Bagi aku, umur ni umur untuk berdikari . Bukan sebab aku tak berdikari, bukan bukan . Sebabnya ialah aku tak percaya yang aku sebesar ini, haha . Dalam beberapa tahun, aku kena pandai mencari peluang agar dapat menampung keluarga aku .

Mama baba? Ada yang tahu kisah silam aku, life aku yang sebelum ini . Yang taktahu, err diamkan aje la . Mereka berdua ni la yang membesarkan aku, belanja aku berbagai barang dan bersusah diri hingga aku jadi seperti ni . Berkorban masa sebagai guru bagi mama dan baba yangseorang ADO sering bersengkang mata dekat office .

Bersyukur, alhamdulillah Ya Rabb ! Hidup bersederhana meskipun orang anggap mewah . Yaa aku bersyukur lagi, murahnya rezeki kami Ya Allah :) Aku sering dibawa ke sekolah, mengikut mama mengajar . Kekadang baba ambil giliran waktu makan tengah hari dengan membawa aku ke pejabat .

Meski mereka sesibuk mana pun, tanggungjawab tak pernah mereka lupa . They are really responsible parents, iloveyou . Di dua tempat ni, aku lihat berbagai ragam manusia .

Biasalah kalau budak kecil yang baru nak kenal dunia . Kecoh sana sini . Bising bising suara budak kecil, mereka dah tahu yang itulah aku . Budak yang sering meriuhkan suasana pejabat . Berlari sana-sini . Ada yang sporting layan kerenah aku, ada jugak yang menghalau begitu saja . Biasalah, nasib aku masih kecil . Takde nak hirau sangat kena halau .

Di sekolah pula, masih sama . Mama biarkan aku berjalan ke mana sahaja, janji tak timbulkan masalah . Ini pun proses mengenal kerenah manusia . Mesti faham kan keadaan sekolah? Dengan pelajar yang ramai, mesti banyak perangai boleh tengok . Setiap blok aku naik, lalu setiap kelas and pergi ke kantin . Makcik kantin dah kenal sangat aku, amik makanan then tunjuk je kat makcik tu . Masuk buku, sebelum balik mama akan bayarkan .

Bila dah besar sikit, mama tukar sekolah tempat aku bersekolah . Err aku tak masuk tadika pun, aku masuk PRA . Aku pun taktahu apa bezanya . Aku jenis tak malu so aku terjah je tegur mana mana budak kat pra tu . Even masa tu belaka nak nangis, aku buat muka takde hati perut sikit . HAHA maklumlah, mama ada situ so tak payah nak nangis sangat, buat bajet kental je .

Aku memang jenis suka memerhati orang . Jangan pikir bukan-bukan bila nampak aku merenung kau, bukan nak cari gaduh tapi cara tu la aku nak kenal someone . Kena tengok dulu . Sekarang nak cari kawan bukan boleh ikut dan je, silap orang habis hidup kena fitnah . Bukan nak menuduh tapi aku dah alami semua tu .

...........baru aku tahu apa yang aku cakapkan semua ni . Yaa semua ni pasal hidup aku, hidup yang bukan senang macam makan ABC tapi sukar macam kau nak mendaki Gunung Everest . Bahkan lebih sukar dari itu . Continue --"

No comments: