Saya Sangat Rindu Dekat Mereka

Assalamualaikum :) Entry ieya harini bukan pasal aktiviti harian ieya sebab ieya ni jenis duduk rumah je so mana la ada aktiviti lain selain makan, online, tengok tv then tidur except harini la sebab dah daftar buat lesen memandu . Grr rasa macam tak sabar pulak nak ada lesen # eceh baru daftar je pun, HAHA

Since dah habis sekolah ni, rasa macam tak biasa pulak duduk rumah je . Yela rasa dah biasa kelam-kabut baca buku . Tergesa-gesa bersiap nak pergi kelas . Merungut kalau ada perjumpaan kokurikulum . Mengeluh bagai kalau ada homework yang banyak gilaa . Aduyai but everything was gone . Tak boleh dah nak bergaduh dengan budak-budak kelas . HAHA :/
Tapi rasa sangat rindu dekat mereka-mereka ni . Siapakah? Ehem, jom baca!

Nor Nabilla Hanim Sukiran :) Yes yes, sayang sangat dekat dia . Even takde la rapat mana tahun lepas and awal tahun ni jugak, tetap sayang . Selalu jugak tegur-tegur dalam bilik study and bergurau kalau jumpa and dalam kelas but kami mula rapat since dekat nak trial la . Dia ni sempoi tapi macam memendam sikit la tapi takpe sebab dia tetap terbaik . Thanks ye sebab sudi kawan dengan ieya .

Nurul Laili Sofea Khairul Anuar :) Dia ni pun ieya rindu . Nampak je nama feminin tapi dia ganas woo tapi takde la ganas mana, still ada keayuan tersendiri . Opie ni pandai tau and pelajar target sekolah . Nak cakap thanks sangat dekat dia sebab selalu bagi semangat untuk ieya untuk berubah . Well I feel better now, alhamdulillah . Dia ni sukaa cium tau tapi pergh ciuman memang tak boleh blah . HAHA redha jela kena kiss dengan dia ni . Life dia simple but nice :) Suka family dia sebab semua happening and muka sama . HAHA

Next! Ainur Marsitah Akhiruddin . I love to call her, DEKMA . Dia ni tak ganas and jenis tak amik tahu sangat pasal orang lain tapi bila dia keluarkan suara dia yang macam ' chipmunk ' tu, okay fine memang lawak . HAHA dia ni sweet tau sebab selalu dengar masalah and suka jugak la share problems dia . Ainur ni cerdik and minat BIOLOGY maybe and selalu rendah diri sampai kadang-kadang tu geram jugak la dengan dia but sokey la dear .

Budak yang ieya rindu jugak, Che Zainab Che Hamat . Okay cool, dia ni suka melawak even dia takde niat pun nak buat lawak . Benda yang dia buat or cakap mesti buat budak-budak gelak, cikgu pun sama . Enab ni sempoi je and tak banyak kerenah tapi ada jugak la yang buat orang geram dengan dia . Dia ni tak payah jerit kuat-kuat dah sebab suara dia kuat, HAHA and dia tak suka perasaan dia dipermainkan . Family dia pun happening, semua jenis kelakar . Eh tetiba rindu sambal yang mak dia buat # ieya panggil mak dia, Cik Wok :)

Nor Nazirah Fuzei . Budak ni memang selalu buat orang geram, HAHA but sometimes dia agak blur jugak la . Life dia agak complicated but sokey dear :) Dia ni suka cubit and cubitan dia ni boleh melebamkan, haih sabar jela . Jenis dia ni pun agak simple tapi kadang-kadang cerewet jugak .  Peminat kuning tegar . Sometimes dia ni gila-gila, eh bukan dia ni memang gila-gila . Seorang yang slumber dia je nak buat apa .

Siti Nurnasuha #tak ingat binti apa, sorry beb . Tak berapa rapat sangat dengan Cik Siti ni tapi ieya tahu dia ni baik . HAHA dia sukaa gilaa bergambar and ieya dah tahu pose favourite dia macam mana tapi rahsia la . Dia ni happening and sukaa sangat gelak tapi kadang-kadang emo jugak la . But whatever you do, i love you okay dear .

And the lastly :) Nurul Ain Awang . Dia sangat islamik, nice sangat . Agak suka berceramah jugak but tak kisah la semua tu, yang selalu jadi mangsanya adalah Enab HAHA . Ceramah ceramah pun, yang tu la paling rindu nak dengar . Takde dah orang nak bebel suruh bangun solat subuh . Huh i miss you a lot :/

Dah tak boleh nak kecoh waktu petang sama-sama . Melalak bagai nak retak dorm waktu study, HAHA . Takde dah partner ieya nak bergosip sakan . Takde bising-bising ajak pergi makan . Bergambar sampai tak ingat dunia . Friends, sangat rindu tahu? Macam pelik je takde korang sekarang . Nak melepak macam dulu . Haih jangan lupa kenangan kita tau . Tak kisah la manis ke pahit .

p/s : Mereka sangat superb!

No comments: