Melaka Awesome!

Assalamualaikum semua! Rasa macam lama pulak tak update blog ni kan . Bukan apa, ieya busy sikit dengan buat lesen plus takde apa yang menarik pun nak post . Oh yaa, sebelum terlupa . Blog ieya dah renovate, lawaaa kan . Ni hasil kreatif daripada kak paah, dia yang tolong makeover blog ieya yang usang ni . Rasa sangat berpuas hati dah berpatutan . Sesiapa nak makeover blog, tempah la dekat blog dia ni .


Err boleh tahan intro kali ni, hee . Hari sabtu lepas, 17/12/2011 ieya pergi Melaka dengan kawan-kawan . Sangat-sangat best, seriously . Mula-mula tu ieya cakap dekat budak-budak ni yang ieya tak pergi, semua marah ya sebab cancel last minute padahal saja je nak tipu dorang . Hahaha dorang bertolak dari hostel then ikut highway . Ieya ni pulak tunggu dekat highway so memang suprise jugak la . Naik-naik bas kena bebel dengan semua . Seronok, plan ieya menjadi . Huhu sorry guys, nak suprise sikit je pun . Dimaafkan kan?


Lepastu kami bertolak then terus pergi Melaka, then berhenti dekat Perigi Hang Tuah . Ada la jugak beli barang dekat situ . Balik homestay, bersiap semua . Terbaik ah homestay tu, perfect :) Kami gerak lagi dan ada aktiviti bebas . Means bebas nak jalan mana . Dekat area A' Famosa, Dataran Pahlawan tu and yang dekat dekat situ la, janji nanti berkumpul balik dekat Taming Sari . Best tau . Habis jelajah kawasan tu . Macam-macam tempat kami jalan sampai kaki sakit, then lepak sat dekat padang tu . Beli tiket wayang cerita Alvin and The Chipmunks, lepak kejap dekat situ . Ingatkan nak layan Ombak Rindu tapi segan ah sebab boys pun join . Kang tak pasal free je dorang tengok airmata meleleh . HAHA so bincang-bincang, Alvin jugak la jadi pilihan . Movie tu biasa je tapi lawak la jugak . Waktu tengah lepak-lepak dekat luar panggung tu, ada suprise . Shaheizy Sam and pelakon Mukhsin tu #lupaa nama datang panggung Melaka :) Hilang terus sakit kaki, terus pergi tempat beratur sebab nak amik gambar dia so here some :)


Lepastu kami plan nak naik River Cruise tapi tak jadi sebab ramai sangat orang so batal gitu jela . Jalan-jalan dulu pastu naik beca, layan movie then pukul 12tengah malam kami balik homestay semula . Semua muka penat plus kaki yang sangat sakit . 


Esoknya pulak, kami bersiap awal sebab pakcik bas datang pukul 930pagi . Kami pergi main air dekat A' Famosa Resort! Sumpah, ni lagi happening . Semua kami main, pening kepala . Then budak-budak ni main terbalikkan pelampung . Ieya ada kena jugak, hampir lemas la jugak . Dah la tempat dalam, mana la ieya reti berenang . Kami keluar dari tempat main air tu pukul 3petang . Fuh fuh kecut badan, HAHA  . Tapi seronok sangat . Nak pergi lagi boleh? He --" Tu jela aktiviti ieya kat sana . Even tak ramai pergi, tak banyak sangat aktiviti tapi tetap superb! Korang terbaik . Sorry takde gambar sebab budak budak ni tak upload lagi . Nest entry yee .


P/S ; Thanks untuk budak tu sebab jadi bodyguard dan banker ieya :) HAHA 

No comments: