Memori 2010 Bakal Berlabuh

Assalamualaikum wbt .
Agak lama rasanya tak buat entry kat blog nie .
Wahahaha takde idea laa guys, sorry okay .
puh puh puh *tiup habuk kejap .
Okay blog dah kemas balik, baru puas hati .

Memandangkan cuti nie ieya memang takde berHOLIDAYS ke mane-mane .
Blog nie dibiarkan sepi tanpa khabar berita .
Hanya gara-gara pemilik blog dah kering idea .
Maklumlah musim tengkujuh nie, air lebih dialirkan di sungai .
*fikiran dah melalut, abaikan .

Tak lama lagi nak masuk tahun baru, waaaa :(
Makin tua lah ieya macam nie, nak muda balik boley .
Hehe tapi ieya bersyukur sangat sebab tahun 2010 nie tak banyak sangat bagi masalah kat ieya .
Alhamdulillah ieya dapat jalani dengan tenang sambil enjoy ala-ala macam monyet dapat pisang, HAHA .
Tak best lah pulak monyet, okay finee . Tukar macam baby dapat susu lah kiranya sekarang .

Pada awalnya ieya sekolah di SMKTAA dalam aliran AKAUN
Tapi beberapa bulan, ieya pindah sekolah lain pulak .
I dont know what main reason ieya changed school .
Apa yang ieya tahu, ieya nak pindah . Tu jea yang ieya pikir .
My bestfriend pulak memang dah pindah time tuh .
So agak kehilangan arah jugak lah lepas dia pindah .
Rasa macam blank jea otak nie, tak best ouh dia pindah .
Takde geng nak bergosip *aku memang mulut gosip, hoyeh !

SMKJ2 tempat ieya sekolah sekarang, agak seronok .
Well perangai SLOW ieya nie memang dijadikan bahan gelak budak-budak .
*ada aku kesah kalau aku kena gelak, peduli apa !
But ieya buat tatau jea, konon-konon takde perasaan .
Kat sini ieya amik aliran Sains Tulen, agak susah kot nak faham .
Kalau subjek yang kena baca or hafal, ieya memang SLOW . again =,="

Kat sini ieya memang cuba mengenali erti sahabat .
I have a lot friends but not bestfriends .
Sebelum nie ieya memang jenis agak pendiam . *okay tipu, haha
Tak banyak sangat lah bergaul dengan budak-budak .
Kalau yang classmates dari form 1, memang mulut nie jadi agak kecoh jugak .
Bayangkan lah, baru nak cam muka budak lama waktu Form 3 .
Lepastu mula lah nak keluarkan habit " SLOW " tu .

" bila kau masuk sini yea, aku tak penah tengok pun dulu "

" Dari Form 1 laa, kau lah sombong gilaa . Geng hott kan "

HAHA okay lawak . Ieya memang jenis tak amik tahu sangat waktu Form 1 dulu .
Dah ada kawan baik, berkepit dengan yang tu jela .
Memang perangai ieya macam tu agaknya sebab waktu sekolah rendah pun sama .
Mane reti nak berkawan-kawan nie, kalau orang tu tak tegur .
Berzaman lah ieya tak tegur orang tu, pekehal pun ieya tatau .

*rasa macam dah melalut panjang sangat .
Back to topic, bila kita kat suasana baru .
Kena pandai-pandai lah bawak diri kan, tak gitu?
Biasalah masing-masing baru kenal, tatau lagi perangai macam mane .
SOmetimes agak hangin jugak bila kena ejek ke gelak ape jada semua tu .
Maklumlah anak tunggal sorang nie memang cepat terasa hatinya .
Pernah sekali tu, ieya terasa sampai menangis tak ingat dunia .
On the way balik hostel dah nangis-nangis sampai lah ke bilik .
Dewan makan main redah jea walaupun muka dah macam apa pun tatau lah .
Berjam-jam jugak menangis sampai lah tertido, sedar-sedar mata yang memang sepet nie dah makin sepet .
Tak lama lepastu demam terus, agak teruk jugak demam waktu tu .

Kisah ieya tengah CRUSH budak itu lah budak ini lah .
Almaklum, hati sepi sebab boyfie jauh .
HAHA bila ingat balik rasa macam kelakar jea sebab apa ?
Selalu tak sabar nak balik rumah sebab nak contact boyfie biar bersemi kembali .
Lepastu bila dah ada kat hostel, cair balik kat budak itu budak ini .
Kena marah dengan kawan-kawan sebab macam bodohkan diri sendiri .
Padahal dah kena tolak mentah-mentah lagi kau, HAHA tapi tetap cair .
Tapi yeah, lebah masih utuh dihati . Ewah !
* pakcik, kau jangan banyak tanya pasal nie . Segan woo nak story dengan kau, hati tetap kena jaga kan . kate LEBAH, kena lah kuat bro !
Setakat nie jodoh kami kuat lagi, alhamdulillah .

Disini juga ieya jumpa bestfriends terbaru namun FITRIAH masih disayangi .
bersyukur ieya diterima seadanya oleh mereka .
Kekadang ieya agak protective tapi mereka seakan muka redha saje .
Rindu sangat mereka dan mereka yang lain .
Moga masih lagi classmates tahun depan, sangat berharap okay .
Walaupun sering bergaduh tapi tak lama mane pun kan ?
Sayang korang sangat la wey .

Umur makin meningkat dan tahun depan dah SPM .
Rasa baru lagi masuk sekolah menengah lepas habis UPSR .
Tapi terpaksa terima hakikat yang makin tua, grrr
Kena belajar dengan penuh tumpuan tahun depan, wahh !
Dan seharusnya pikir balik cita-cita nak jadi apa .
Dulu waktu tadika, selalu yakin bila cikgu tanya .
Saya nak jadi doktor, cikgu !!
Padahal tataw apa-apa pun kena tempuh kalau nak jadi doktor .
Bukan ibarat seperti duduk tepi pantai sambil makan kacang hingga habis .
Bila dah besar panjang macam nie, angan-angan kian dilupai .
Tak boley jadi, kena pikir dengan yakin .
SAYA BOLEH !!

Kena stop dulu, dah panjang sangat tulis nie .
*padahal memang kau nak panjang pun kan ?
Hari mendatang buat fikiran ieya lebih matang dari hari ke hari .

Tapi nak show sikit muka kawan lama yang memang ieya rindu tahap tenuk, wakaka :D

Assalamualaikum wbt :')

p/s : rasa macam jawab SPM jea entry nie, bahaha . Semangat kena ada !


No comments: