Yang besar punyaaaa

Pagi tadi pegi daftar sekolah baru, excited gila. Sampai je terus terpegun kejap sebab sekolah tu luaaaaaaaaas sangat berbanding dengan sekolah lama. Pusing-pusing satu sekolah hampir nak sesat, mujur je okay. Mujur sangat hehe. Lepastu pegi lah dekat bilik guru or bilik apa ntah dia tulis dekat pintu, jumpa dengan guru yang tentang hal Pusat Pembelajaran Sains nie and uruskan hal sekolah sume. Cikgu tu sangat baik okay, En Nawawi. 

Ayah ajak ronda-ronda dekat sekolah tu, terus pegi tengok kawasan sekolah kejap. Budak-budak dah pandang lain je, seram kott tapi takpe still buat muka baik. Haha macam haghaaam je buat muka mcmtu, patut la budak tengok pelik. kan kan? poyo gilaaa lah tadi.

Sebelum daftar tu kan, ieya pegi sekolah lama kejap. Bereskan apa yang patut, nasib baik mummy temankan. Terus dapat layanan special haha, mummy kan AJK PIBG so istimewa lah jugakk kalau tak cikgu buat bodoh je if nak borang itu ini. Ceh ceh, ada cikgu tu siap bodek lagi. Haih teruk. Lepas settle sume tu, kawan-kawan datang. Peluk cium, sume ieya dapat lah tadi. Hehe best kena cium, mcm baby pulakk *berangan* sumpah rindu korang nanti, takde lah nak lupakan pasal kita sume. Datang pulak budak kelas ieya, peluk jugak. Haiyak, okay tak berangan dah. Bawak barang-barang terus pegi dekat ayah. Nak nangis okay time tu, korang siap jerit nama ieya. Femes kejap, haha. Thanks for everything, kawan (:

eh tadi cikgu Nawawi tanya nak masuk kelas Biology ke? 

No comments: